Thursday, 12 September 2013
Wednesday, 11 September 2013
WALAUPUN PANJANG...info
*
A. Apakah itu Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Ianya adalah ajaran dari zaman Islam Rasulullah dan para sahabat serta mereka yang diakui sebagai contoh hidup keagamaan zaman tiga abad pertama sejarah Islam
Mereka mengikut Quran, Sunnah Nabi, ijma’ atau persepakatan para ulama yang mampu membuat keputusan tentang hukum agama terus daripada Quran dan hadith Nabi dengan cara yang betul (dalam istilah ilmu Islam mereka disebut mujtahidin, ramai, kalau seorang mujtahid).
Dalam perkara iman dan keyakinan; mereka mengikut mazhab Imam al-Asy’ari dan Maturidi.
Dalam perkara-perkara hukum; mereka mengikut imam-imam mujtahid tersebut seperti di Dunia Melayu mereka mengikut Imam Syafie, di Pakistan dan India mereka mengikut Imam Hanafi, di Afrika Utara dan Andalusia zaman dulu mereka mengikut mazhab Maliki, mereka yang di Semenanjung Arab mengikut Imam Hambali.
Dalam perkara-perkara berkenaan dengan membentuk hati dan akhlak yang baik mereka mengikut Imam Ghazali, termasuk Imam Junaid Baghdadi dan Imam Qusyairi.
*
B. Ajaran dan amalan Ahli Sunnah.
Ianya berupa majoriti terbesar Muslimin di dunia hingga ke hari ini
Yang mengikut aliran-aliran perpinggiran seperti Syiah dan Muktazilah dan lainnya, sedikit sekali.
Kita boleh katakan Islam di Madinah, Damasyiq, Baghdad, Andalusia, Afrika Utara, Benua-kecil Indo-Pakistan, Dunia Melayu, semuanya Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Dunia telah mengenal Islam dalam Ahli Sunnah ini, bukan yang lain; yang lain adalah golongan minoriti yang kecil.
Inilah ajaran dan amalan yang dijamin oleh Allah dan Rasul dan para imam mujtahidin dan ulama Ahli Sunnah. Berbahagialah mereka yang terus hidup dalam Ahli Sunnah, amin.
*
C. Aliran-aliran fahaman yang bercanggah:
Di akhir-akhir ini Islam menurut ajaran dan amalan Ahli Sunnah tercabar dengan berkembangnya aliran-aliran fahaman yang bercanggah dengannya. Antara fahaman-fahaman dan aliran berfikir itu ialah seperti berikut:
Aliran Syiah
Aliran tidak ikut mazhab;
pakai faham agama cara bersendiri atau mengikut pengarang seperti Al-Bani
Aliran mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab (yang mengikutnya Albani)
Aliran Islam liberal
Aliran pluralisme
(bahawa semua agama sama, sama-sama membawa kepada syurga [Islam, Kristian, Hindu, Buddha, dan lain-lain, aliran Shinto, semuanya sama, membawa ke syurga]).
Aliran sekularisme
>>A. Aliran Syiah:
Antara ajaran-ajarannya:
tentang imam-imam yang maksum tidak berdosa langsung,
para sahabat Nabi s.a.w. menjadi murtad habis selepas wafat baginda, melainkan yang tinggal hanya 3 orang atau 7 orang sahaja, yang lain habis kafir murtad. Dijauhkan Allah.
Mereka ada Qur’an Mushaf Fatimah katanya, mereka beramal dengan taqiyyah atau kepura-puraan (dissimulation), mereka mengamalkan kahwin mut’ah, sehingga dengan isteri orang pun boleh berkahwin mut’ah kata Khomeini dalam kitabnya Tahrir al-Wasilah jilid 2.
Mereka percaya kepada raj’ah, yakni sebelum kiamat berlaku, manusia akan hidup semula dan imam Mahdi Syiah bernama Muhammad bin Hasan al-Askari akan menghukum mereka yang tidak mengambil Ali sebagai imam. Bila semua telah dihukum baharulah semuanya mati semula dan lepas itu baru berdiri kiamat.
>>B. Aliran tidak pakai mazhab:
Mengajarkan mengikut mazhab bidaah, nabi tidak buat, semua mesti mengikut Quran dan hadith, lagi pula sekarang sudah senang kerana Quran dan hadith ada terjemahan; kita boleh buat keputusan sendiri tak perlu ikut siapa-siapa;
Kita hanya wajib ikut Rasulullah; dia maksum orang lain tidak maksum.
Kalau ikut mazhab boleh membawa kepada syirik dan kufur sebab ibaratnya seperti ‘beribadat’ kepada mereka (ibadadatul-ahbar wa ‘r-rahban) (عبادة الاحبار والرهبان).yakni seperti menyembah orang alim, menyembah orang soleh.
?>>C. Aliran Wahhabiah:
Mengajarkan jangan mengikut mazhab, ikut sahaja pengarang seperti Nasir al-Bani, Abu Aminah Bilal Philips, Abdul Aziz bin Baz, Uthaimin dan yang seperti mereka.
Qunut adalah bidaah, demikian pula bidaah membaca Ya Sin malam Jumaat, membuat tahlil arwah, mengadakan majlis maulid, membaca talkin bila orang mati, membuat tahlil arwah, membaca wirid ramai-ramai selepas sembahyang, kemudian mengaminkan doa imam beramai-ramai, mengaji tasawwuf bidaah dan sesat, demikiian seterusnya. Dan bila orang membuat bidaah-bidaah seperti ini mereka masuk neraka. Dijauhkan Allah.
Dulu dipanggil kaum muda sekarang dipanggil salafi.
Mana-mana tempat ada fahaman ini ada berlaku perkelahian bahkan tumbuk menumbuk. Bahkan bila teruk berlaku bunuh membunuh.
>>D. Islam Liberal:
Fahaman ini mengajarkan tidak ada hukum Allah, tetapi yang ada ialah budaya
Kita tidak wajib mengikut fiqh klasik sebab itu adalah pemikiran manusia zaman dulu
Semua agama membawa kebenaran
Wahyu tidak putus, wahyu masih ada, orang yang menulis dalam surat khabarpun mendapat wahyu, wahyu dalam erti fikiran; yang tidak ada hanya wahyu verbal, yang ada pada orang menulis pada surat khabar adalah wahyu ‘non-verbal’.
Orang Islam berkahwin boleh dengan orang yang beragama lain; itu disebut perkahwinan lintas agama.
Lihat laman web ‘JIL;-jaringan Liberal Islam’ akan didapati banyak maklumat-maklumat pelik yang membawa kepada kekufuran. Dijauhkan Allah.
>>E. Aliran sekuklarisme:
Cara berfikir dan bertindak yang mengecualikan secara total agama dari semua ruang awam tanpa kecuali (lihat takrif sekluarisme oleh George Holyoake).
>>F. Aliran pluralisme agama:
Aliran ini mengatakan bahawa semua agama sama, sama benar, semuanya membawa kepada syurga;
Orang Islam tidak boleh mengaku ia mempunyai kebenaran, sebab semuanya benar. Maha suci Allah.
Kalau demikian apa gunanya Nabi s.a.w. datang dan membuat pembetulan atas agama Kristian dan Yahudi di zamannya?
Apa ertinya tokoh-tokoh seperti al-Ghazali membela kebenaran Islam berdepan dengan ajaran-ajaran yang tidak benar?
Apa ertinya Solah a-Din al-Ayyubi berjihad masa Perang Salib kalau semuanya benar membawa ke syurga? Maha suci Allah.
Kesimpulannya kita mesti kekal dalam agama Islam mengikut Ahlissunnah wal-Jamaah sebab itu yang menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat; itulah yang menjadi pegangan ulil-amri negeri ini bermula daripada Agung sampai kepada rakyat jelata.
Amin.
Tuesday, 10 September 2013
Maafkan Daku....(Bermaaf-maafan lebih hampir kepada takwa)
Berapa ramaikah yang faham, sedar dan tahu apa maksud kemaafan dalam erti sebenarnya? Dendam, sakit hati, terhiris hati semuanya kerana perkara yang lepas. Jika dendam, sakit hati, terhiris hati adalah untuk perkara-perkara yang sudah lepas, maka lawannya 'kemaafan' adalah juga untuk perkara-perkara yang lepas.
Tiada apa yang perlu dimaafkan untuk masa depan yang belum kunjung tiba atau berlaku. Jadi, perbuatan maaf sebenarnya ialah untuk perkara-perkara yang lepas.
Maka boleh disimpulkan bahawa kemaafan sebenarnya ialah "satu pelepasan segala harapan di hati" yang mengharapkan "waktu-waktu atau peristiwa-peristiwa silam/lampau/terlepas boleh terjadi dengan lebih baik."
“...dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Baqarah : ayat 237)
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang terbentang seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kema-rahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah al-Imran : ayat 133-134)
Ingatlah antara tanda-tanda seseorang itu orang yang bertaqwa ialah kemampuan dan keterbukaan hatinya untuk memaafkan kesalahan seseorang.
Ingatlah juga, kita wajib memberi maaf jika telah diminta dan adalah lebih baik lagi, sekiranya kita dapat memaafkan dalam keadaan tidak diminta.
Sebaliknya, orang-orang selalu berkata "tiada maaf bagimu" mahupun tidak mengerti nilai kemaafan sebenarnya sibuk melayan bisikan syaitan.
Fahami ayat ini sekali lagi bagi yang masih tidak memahami apa yang dimaksudkan kemaafan:
Kemaafan sebenarnya ialah "satu pelepasan segala harapan di hati" yang mengharapkan "waktu-waktu atau peristiwa-peristiwa silam/lampau/terlepas boleh terjadi dengan lebih baik."
Perkara yang lepas, sudah lepas, lepaskan sahaja kerana kita tidak mungkin dapat mengubahnya - oleh itu lepaskanlah segala harapan bahawa kita boleh mengubah masa silam, maafkanlah si dia, dan fokus ke hari ini dan langkah seterusnya dalam kehidupan.
Tanyalah diri, sekiranya "masa silam" betul-betul wujud sebagai satu benda, di manakah si "masa silam"?
Sukalah kalau Allah ampunkan dosa kita, maka maafkanlah juga sikap orang kepada kita. Maafkanlah kerana kita lebih layak menikmati ketenangan.
***** Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, 30 Ogs 2013
Wednesday, 4 September 2013
Program Kemuncak Program Ihya Ramadan 2
Majlis Khatam Al-Quran ,
Penyampaian Sumbangan Hari Raya Majlis ,
Tazkirah Di Ambang Aidul Fitri
dan
Penutupan Program Ihya Ramadan
Hari : Jumaat
Tarikh : 2 Ogos 2013 = 24 Ramadan 1434H
Masa : 7.30 - 9.30 pagi
Aturcara :
Khatam Al-Quran
Tazkirah
Penyampaian Cenderamata Tadarus Al-Quran Murid dan Guru
Penyampaian Sumbangan Hari Raya
Ucapan Perasmian Penutup Program Ihya' Ramadan
Program Kemuncak Program Ihya Ramadan
Program Iftar Jama'i
Hari : Khamis
Tarikh : 1 Ogos 2013 = 23 Ramadan 1434H
Masa : 6.00 petang - 10.30 malam
Aturcara:
Bacaan Yasin dan Tahlil
Persembahan Qasidah
Berbuka ringan
Solat Maghrib di Surau Al-Falah
Makan malam
Friday, 19 July 2013
Ceramah Nuzul al Quran
Sekitar Ceramah Nuzul al Quran
Tarikh: 19 Julai 2013 /10 Ramadan 1434H
Hari : Jumaat
Masa: 7.30 - 8.00 pagi
Tempat: Laman Al-Irsyad
Penceramah: Ustazah Noraini Mat Junoh
Tarikh: 19 Julai 2013 /10 Ramadan 1434H
Hari : Jumaat
Masa: 7.30 - 8.00 pagi
Tempat: Laman Al-Irsyad
Penceramah: Ustazah Noraini Mat Junoh
Majlis Perasmian Tadarus Guru
Sekitar Majlis
Perasmian Tadarus Guru
Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadan dan Tabung Palestin
Sekitar Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadan dan Tabung Palestin
Hari : Isnin
Tarikh :8 Julai 2013
Tempat: Laman Al-Irsyad
Masa: 7.30 - 8.00 pagi
Disempurnakan oleh En. Sabri bin Baharom, Penolong Kanan Pentadbiran
Thursday, 11 July 2013
Ramadhan : Apa Perlu Buat?
Bagi
meraikan Ramadhan yang mulia, ada baiknya saya mengulas ringkas
berkenaan Ramadhan. Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus'
dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di
bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi
yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya
kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali
puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas
kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka
(di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .
Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira
apabila tiba hujung tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita
Mengapa kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif?
Sudah tentu jawabnya kerana ; "dapat duit " .
Mengapa kita seronok mendapat duit ?
Jawabnya ; kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain.
Lalu berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi ?
Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang rosak cepat dan ada yang lambat.
Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa lamakah keseronokan itu akan berterusan?
Jawabnya, paling panjang adalah sekadar kita masih hidup sahaja.
Baiklah, selepas kematian adakah masih ada seronok?
Jika tidak, maka apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati ?
Jawabnya ; tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang
dikumpul. Jika banyak dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan
memberi seribu satu macam keseronokan berpanjangan sehingga satu tarikh
yang hanya diketahui Allah s.w.t dan ia pastinya amat panjang.
Jika demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima
kehadiran Ramadhan sebagaimana seronoknya kita menerima bonus duit?
Sedangkan ramadhan adalah bulan bonus untuk meraih pahala sebanyaknya,
bulan dipermudahkan peluang untuk ke syurga Allah s.w.t dan TENTUNYA
REDHA ILAHI.
Tapi
bezanya, ramai yang kelihatan lebih seronok kerana di permudahkan untuk
meraih rumah kediaman di dunia dan mungkin akan dapat 'save' lebih
banyak duit. Ini kerana belanjawan baru-baru ini (untuk tahun 2008) akan
mewujudkan lebih banyak rumah kos rendah, kos 'stamp duty' bagi rumah
RM 250,000 ke bawah dikurangkan 50 %, boleh menggunakan wang akaun kedua
dari KWSP untuk pembayaran rumah, yuran sekolah dan peperiksaan anak
ditiadakan, buku teks percuma dan lain-lain. Semua ini disambut dengan
gembira kerana memberi ruang untuk mengumpul duit dan digunakan untuk
perkara lain.
Manakala pada belanjawan 2009 pula pastinya memberikan sedikit
kelegaan buat individu berpendapatan rendah dan sederhana. Antara yang
dikira menggembirakan adalah seperti :-
Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu
masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk
tempoh du atahun mulai 15 September 2008.
SERONOK HAKIKI DAN SEMENTARA
Keseronokan jiwa yang hadir kerana dipermudahkan cara untuk memiliki
rumah dalam belanjawan baru-baru ini lebih didapat dilihat dan dihayati
oleh ramai daripada keseronokan untuk memasuki bulan yang dipermudahkan
jalan pemilikan rumah syurga di akhirat yang kekal abadi.
Mengapa ini boleh berlaku kepada hati kita?. Apakah silapnya? Mengapa
dan mengapa?. Pernahkah kita memikirkan mengapa gembira berpeluang dapat
harta akhirat sebagaimana kita gembira mendapat harta dunia.
"Ya Allah, bantulah kami yang telah menzalimi diri kami, tiada tuhan melainkanMu dan engkaulah yang maha pengampun"
TAWARAN BONUS LUAR BIASA
Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban
Ramadhan adalah kunci kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah.
Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi
disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa' menuruti
suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain sebab
keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan ‘bonus' dan
tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah.
Selain itu, pahala ‘bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan
keji bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat,
memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga
akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar
ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith
ertinya
"Barangsiapa
yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa,
maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun
meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath
al-Bari).
Beberapa ulama seperti Abu Gharib Al-Asfahani, Syeikh Dr Yusof
Al-Qaradawi, Prof. Dr Muhd Uqlah Ibrahim (Ulama Fiqh di Jordan) serta
lain-lainnya berpandangan bahawa di samping pahala yang berganda.
Perlakuan dosa juga bertambah serius di bulan mulia ini. Beliau ada
mengutarakan beberapa dalil, bagaimanapun sukar untuk saya muatkan di
ruangan terhad ini. Sebagai jalan terbaik, jauhilah dosa sejauh-jauhnya
di bulan ini kerana perlakuan dosa didalamnya adalah sesuatu yang
serius.
SYAITAN KENA GARI?
Umat Islam perlu lebih fokus untuk mencapai kebaikan di bulan ini. Nabi
SAW telah menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu
neraka serta dibelenggu para syaitan (Riwayat Al-Bukhari, 1/18 ; Muslim,
1/41) ; terdapat juga ulama yang mengatakan bahawa bulan ini dinamakan
‘Ramadhan' (yang bermaksud panas) oleh Allah SWT kerana bulan ini adalah
bulan menghanguskan dosa. (Mughni, Ibn Quddamah, 4/116).
Ada pula yang bertanya berkenaan erti Syaitan di belenggu dalam hadith
di atas. Sebahagian ulama berpandangan bahawa ia membawa maksud
ketidakmampuan Syaitan menguasai orang yang berpuasa sebagaimana
penguasaannya di luar bulan ramadhan. ( Al-Muntaqa Min At-Targhib Wa
at-Tarhib, Al-Munziri dan Al-Qaradawi, 1/313 )
Ada juga yang menyebut sebahagian jenis Syaitan yang utama sahaja di
belenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat
yang membuat maksiat di bulan ini. Walaubagaimanapun, sebenarnya ia
adalah akibat dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa
dengan ajakan Syaitan. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang
kearah kejahatan walau di ketika Syaitan utama di belenggu. (Min Ahsanil
Kalam Fil Fatawa, Syeikh Atiyyah Saqar, 2/13).
MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN
Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan
keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut
perlu dilakukan:-
1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :
" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).
Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).
Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun
bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).
Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan
solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum
menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).
Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya
makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang
melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun
di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang
diajarkan oleh Baginda SAW.
3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan
membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca
hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil
berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail
as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.
4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa
merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di
tegaskan oleh Nabi S.a.w :-
ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع
Ertinya
: Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang
berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan
orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,
Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم
Ertinya
: Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka,
pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi,
Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam
At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)
5) Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka
Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :
إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد
Ertinya
: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu
berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ;
Sohih)
6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.
Berdasarkan hadith Nabi SAW :
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).
Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah
jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik
kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib
kita.
Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali
setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan
al-Bazzar : hadith Hasan).
7) Adalah
digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah)
atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن
لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء
Ertinya
: Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan
sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum
beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)
Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"
Ertinya
: "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap
mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan
menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.
8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :
من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya
: Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa
maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit
pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam
At-Tirmidzi).
Disebut dalam sebuah hadis lain
ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
Ertinya
: Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka),
Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang
tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ;
Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )
9) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah
buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian.
Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk
menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya
bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.
10) Bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.
11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :
Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di
dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat
Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).
Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa
yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan
kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa
selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)
Sekian dan Ramadhan Kareem..
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Syaaban 1428 H
10 September 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)









.jpg)
















