Wednesday 11 September 2013

WALAUPUN PANJANG...info

* A. Apakah itu Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Ianya adalah ajaran dari zaman Islam Rasulullah dan para sahabat serta mereka yang diakui sebagai contoh hidup keagamaan zaman tiga abad pertama sejarah Islam Mereka mengikut Quran, Sunnah Nabi, ijma’ atau persepakatan para ulama yang mampu membuat keputusan tentang hukum agama terus daripada Quran dan hadith Nabi dengan cara yang betul (dalam istilah ilmu Islam mereka disebut mujtahidin, ramai, kalau seorang mujtahid). Dalam perkara iman dan keyakinan; mereka mengikut mazhab Imam al-Asy’ari dan Maturidi. Dalam perkara-perkara hukum; mereka mengikut imam-imam mujtahid tersebut seperti di Dunia Melayu mereka mengikut Imam Syafie, di Pakistan dan India mereka mengikut Imam Hanafi, di Afrika Utara dan Andalusia zaman dulu mereka mengikut mazhab Maliki, mereka yang di Semenanjung Arab mengikut Imam Hambali. Dalam perkara-perkara berkenaan dengan membentuk hati dan akhlak yang baik mereka mengikut Imam Ghazali, termasuk Imam Junaid Baghdadi dan Imam Qusyairi. 

* B. Ajaran dan amalan Ahli Sunnah. Ianya berupa majoriti terbesar Muslimin di dunia hingga ke hari ini Yang mengikut aliran-aliran perpinggiran seperti Syiah dan Muktazilah dan lainnya, sedikit sekali. Kita boleh katakan Islam di Madinah, Damasyiq, Baghdad, Andalusia, Afrika Utara, Benua-kecil Indo-Pakistan, Dunia Melayu, semuanya Ahli Sunnah wal-Jamaah. Dunia telah mengenal Islam dalam Ahli Sunnah ini, bukan yang lain; yang lain adalah golongan minoriti yang kecil. Inilah ajaran dan amalan yang dijamin oleh Allah dan Rasul dan para imam mujtahidin dan ulama Ahli Sunnah. Berbahagialah mereka yang terus hidup dalam Ahli Sunnah, amin.

 * C. Aliran-aliran fahaman yang bercanggah: 

Di akhir-akhir ini Islam menurut ajaran dan amalan Ahli Sunnah tercabar dengan berkembangnya aliran-aliran fahaman yang bercanggah dengannya. Antara fahaman-fahaman dan aliran berfikir itu ialah seperti berikut:

Aliran Syiah Aliran tidak ikut mazhab; 
pakai faham agama cara bersendiri atau mengikut pengarang seperti Al-Bani Aliran mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab (yang mengikutnya Albani)

Aliran Islam liberal Aliran pluralisme
(bahawa semua agama sama, sama-sama membawa kepada syurga [Islam, Kristian, Hindu, Buddha, dan lain-lain, aliran Shinto, semuanya sama, membawa ke syurga]).

Aliran sekularisme 
>>A. Aliran Syiah: Antara ajaran-ajarannya: tentang imam-imam yang maksum tidak berdosa langsung, para sahabat Nabi s.a.w. menjadi murtad habis selepas wafat baginda, melainkan yang tinggal hanya 3 orang atau 7 orang sahaja, yang lain habis kafir murtad. Dijauhkan Allah. Mereka ada Qur’an Mushaf Fatimah katanya, mereka beramal dengan taqiyyah atau kepura-puraan (dissimulation), mereka mengamalkan kahwin mut’ah, sehingga dengan isteri orang pun boleh berkahwin mut’ah kata Khomeini dalam kitabnya Tahrir al-Wasilah jilid 2. Mereka percaya kepada raj’ah, yakni sebelum kiamat berlaku, manusia akan hidup semula dan imam Mahdi Syiah bernama Muhammad bin Hasan al-Askari akan menghukum mereka yang tidak mengambil Ali sebagai imam. Bila semua telah dihukum baharulah semuanya mati semula dan lepas itu baru berdiri kiamat.
>>B. Aliran tidak pakai mazhab: Mengajarkan mengikut mazhab bidaah, nabi tidak buat, semua mesti mengikut Quran dan hadith, lagi pula sekarang sudah senang kerana Quran dan hadith ada terjemahan; kita boleh buat keputusan sendiri tak perlu ikut siapa-siapa; Kita hanya wajib ikut Rasulullah; dia maksum orang lain tidak maksum. Kalau ikut mazhab boleh membawa kepada syirik dan kufur sebab ibaratnya seperti ‘beribadat’ kepada mereka (ibadadatul-ahbar wa ‘r-rahban) (عبادة الاحبار والرهبان).yakni seperti menyembah orang alim, menyembah orang soleh. 
?>>C. Aliran Wahhabiah: Mengajarkan jangan mengikut mazhab, ikut sahaja pengarang seperti Nasir al-Bani, Abu Aminah Bilal Philips, Abdul Aziz bin Baz, Uthaimin dan yang seperti mereka. Qunut adalah bidaah, demikian pula bidaah membaca Ya Sin malam Jumaat, membuat tahlil arwah, mengadakan majlis maulid, membaca talkin bila orang mati, membuat tahlil arwah, membaca wirid ramai-ramai selepas sembahyang, kemudian mengaminkan doa imam beramai-ramai, mengaji tasawwuf bidaah dan sesat, demikiian seterusnya. Dan bila orang membuat bidaah-bidaah seperti ini mereka masuk neraka. Dijauhkan Allah. Dulu dipanggil kaum muda sekarang dipanggil salafi. Mana-mana tempat ada fahaman ini ada berlaku perkelahian bahkan tumbuk menumbuk. Bahkan bila teruk berlaku bunuh membunuh. 
>>D. Islam Liberal: Fahaman ini mengajarkan tidak ada hukum Allah, tetapi yang ada ialah budaya Kita tidak wajib mengikut fiqh klasik sebab itu adalah pemikiran manusia zaman dulu Semua agama membawa kebenaran Wahyu tidak putus, wahyu masih ada, orang yang menulis dalam surat khabarpun mendapat wahyu, wahyu dalam erti fikiran; yang tidak ada hanya wahyu verbal, yang ada pada orang menulis pada surat khabar adalah wahyu ‘non-verbal’. Orang Islam berkahwin boleh dengan orang yang beragama lain; itu disebut perkahwinan lintas agama. Lihat laman web ‘JIL;-jaringan Liberal Islam’ akan didapati banyak maklumat-maklumat pelik yang membawa kepada kekufuran. Dijauhkan Allah. 
>>E. Aliran sekuklarisme: Cara berfikir dan bertindak yang mengecualikan secara total agama dari semua ruang awam tanpa kecuali (lihat takrif sekluarisme oleh George Holyoake). 
>>F. Aliran pluralisme agama: Aliran ini mengatakan bahawa semua agama sama, sama benar, semuanya membawa kepada syurga; Orang Islam tidak boleh mengaku ia mempunyai kebenaran, sebab semuanya benar. Maha suci Allah. Kalau demikian apa gunanya Nabi s.a.w. datang dan membuat pembetulan atas agama Kristian dan Yahudi di zamannya? Apa ertinya tokoh-tokoh seperti al-Ghazali membela kebenaran Islam berdepan dengan ajaran-ajaran yang tidak benar? Apa ertinya Solah a-Din al-Ayyubi berjihad masa Perang Salib kalau semuanya benar membawa ke syurga? Maha suci Allah. 

Kesimpulannya kita mesti kekal dalam agama Islam mengikut Ahlissunnah wal-Jamaah sebab itu yang menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat; itulah yang menjadi pegangan ulil-amri negeri ini bermula daripada Agung sampai kepada rakyat jelata. 
Amin.

No comments:

Post a Comment