Thursday 20 November 2014

ADAB KE MASJID

*** credit to Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

 ADAB KETIKA PERGI

1.       Memakai pakaian yang menutup aurat
2.       Memakai wangi-wangian bagi kaum lelaki ( al a’raf :31 )

ADAB KETIKA MASUK

1.       Masuk ke masjid dengan memulakan langkah kanan 
2.       Berdoa ketika masuk
أَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلطَانِهِ القَدِيمِ مِن الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ ، اَللّهُمَّ اغْفِر لِي ذُنُوبِي وَافْتَح لِي أَبوَابَ رَحمَتِكَ
Aku berlindung dengan Allah yang maha besar dan dengan wajahnya yang mulia dan kekuasaanNya yang Qodim daripada gangguan syaitan yang direjam. Ya Allah ! ampinilah bagiku akan dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu
3.       Memberikan salam kepada sesiapa yang berada di masjid 
4.       dan keluar dengan langkah kiri serta berdoa sebagaimana yang di lakukan oleh Ibn Umar r.a. Daripada Aisyah r.a, ( riwayat Muslim ) sabda rasulullah saw :
إذا دخل أحدكم المسجد، فليقل: اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وإذا خرج، فليقل: اللهم إني أسألك من فضلك
Maksudnya : “ Apabila salah seorang kamu memasuki masjid maka hendaklah ia berkata : Ya Allah bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu. Dan apabila keluar hendaklah ia berkata : Ya Allah sesungguhnya aku memohon limpahan rahmatMu”


ADAB DI DALAM MASJID

1.       Berniat iktikaf di dalam masjid iaitu berhenti seketika atau lama dengan maksud beribadah kerana Allah. 

2.       Menunaikan solat dalam keadaan tenang dan tidak gopoh. Sabda Rasulullah saw ( riwayat Bukhari ), daripada Abi Qatadah r.a :
فعن أبي قتادة قال: بينما نحن نصلي مع النبي -صلى الله عليه وسلم- إذ سمع جلبة الرجال، فلما صلى قال: (ما شأنكم؟) قالوا: استعجلنا الصلاة، قال: (فلا تفعلوا؛ إذا أتيتم الصلاة فعليكم بالسكينة؛ فما أدركتم فصلوا، وما فاتكم فأتموا)
Daripada Abi Qatadah berkata : ketika kami sedang bersolat bersama nabi saw, tiba-tiba baginda saw mendengar hingar bingar para jemaah lelaki. Setelah selesai solat baginda saw berkata : Apa yang terjadi kepada kamu semua? Mereka berkata : kami ingin segera bersolat. Jawab baginda saw : Jangan kamu lakukan. Apabila kamu dating untuk bersolat maka kamu mestilah bertenang. Mana-mana rakaat yang kamu perolehi maka tunaikan , apa yang terluput maka sempurnakan 


3.       Tunaikan  solat sunat tahiyyatul masjid. Dari Abu Qatadah bin Rube’ an Ansori r.a berkata :
فعن أبي قتادة بن ربعي الأنصاري -رضي الله عنه- قال: قال النبي -صلى الله عليه وسلم-: (إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين) رواه البخاري
Sabda rasulullah saw : “Apabila salah seorang antara kamu memasuki masjid maka janganlah duduk sehingga ia menunaikan solat dua rakaat” – riwayat Bukhari
4.       Sebaik-baiknya bersolat pada tempat yang berdinding ( sutrah )
فعن أبي سعيد الخدري –رضي الله عنه- قال: سمعت النبي –صلى الله عليه وسلم- يقول: (إذا صلى أحدكم إلى شيء يستره من الناس فأراد أحد أن يجتاز بين يديه فليدفعه فإن أبى فليقاتله فإنما هو شيطان) رواه البخاري ومسلم،
Daripada Abi Said al Khudri berkata: Aku mendengar nabi saw bersabda : Apabila salah seorang kamu menunaikan solat ke arah sesuatu yang menutupinya daripada manusia, maka jika ada seseorang mahu melintasi hadapannya, hendaklah ia halang. Jika sekiranya ia tetap melaluinya maka hendaklah diperangi kerana sesunggnya ia adalah syaitan – riwayat Bukahri dan Muslim 
5.       Elakkan daripada keluar dari masjid selepas azan berkumandang melainkan atas sebab-sebab yang syarie.
فعن أبي الشعثاء قال: كنا قعودا في المسجد مع أبي هريرة، فأذن المؤذن، فقام رجل من المسجد يمشي، فأتبعه أبو هريرة بصره حتى خرج من المسجد، فقال أبو هريرة: "أما هذا فقد عصى أبا القاسم -صلى الله عليه وسلم-" رواه مسلم
Daripada Abi Sya’sa’ berkata : Kami duduk di dalam masjid bersama Abu Hurairah lalu muazzin melaungkan azan. Maka berdiri seorang lelaki dan berjalan . Abu hurairah memandangnya sehinggalah ia keluar. Abu Hurairah berkata : Orang ini telah mengingkari Abu qasim (gelaran Rasulullah saw ) – riwayat Muslim

6.       Elakkan dari  melangkah  tengkuk para jemaah yang lain ( riwayat Ibn Majah kitab sahih targhib wat tarhib )
لما جاء في ا لحديث أنَّ رجلا جاء يوم الجمعة يتخطى رقاب الناس، والنبي -صلى الله عليه وسلم- يخطب، فقال له: (اجلس فقد آذيت)
Di dalam sebuah hadis menyebutkan ketika baginda saw menyampaikan khutbah , diperhatikan seorang lelaki melangkah tengkuk para jemaah lalu baginda bersabda : Duduk dan jangan kamu menyakiti orang lain riwayat Ibn Majah
7.       Elakkan daripada memakan benda – benda yang berbau .
فعن جَابِرِ بْنِ عَبْدِ الله -رَضىَ الله عَنْهُمَا- عَنْ النَّبي -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلمَ- قالَ:  (مَنْ أكَل ثُوماً أوْ بَصَلاً فَلْيَعْتَزِلنا - أوْ ليعْتَزِلْ مَسْجِدَنَا- ليْقْعُدْ في بَيتهِ) رواه البخاري ومسلم
Daripada Jabir bin Abdillah r.a daripada nabi saw berkata : Barangsiapa yang memakan bawang putih atau bawang merah maka hendak ia berpisah dengan kami atau menjauhi masjid kami agar ia duduk di rumahnya – riwayat Bukhari
 
8.       Elakkan dari memakai pakaian yang mengganggu kekhusukan solat para jemaah . 

9.       Jaga kebersihan
أخرجه مسلم عن أنس بن مالك أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: (إن هذه المساجد لا تصلح لشيء من هذا البول ولا القذر إنما هي لذكر الله عز وجل والصلاة وقراءة القرآن)
Daripada  Anas bin Malik sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya masjid-masjid ini tidak boleh dicurahkan kencing ini atau kotoran. Adapun masjid adalah tempat mengingati Allah , bersolat dan membaca al Quran – riwayat Muslim 

10.   Menjauhkan diri  daripada amalan yang bertentangan dengan adab-adab di masjid( riwayat at Turmuzi )
فعن أبي هريرة أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: (إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد فقولوا لا أربح الله تجارتك، وإذا رأيتم من ينشد فيه ضالة فقولوا لا رد الله عليك)
Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Apabila kamu melihat orang menjual atau membeli di dalam masjid maka katakanlah : Allah tidak akan memberikan keuntungan kepada perniagaanMu. Dan apabila kamu melihat orang mencari-cari barang yang hilang lalu katakanlah : Allah tidak akan memulangkan kepadaMu – riwayat at Turmuzi

11.   Menjawab azab ketika berkumandang. 

12.   Elakkan dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau bersifat keduniaan. 

13.   Jangan berjual beli ketika berada di dalam ruangan solat.

 ADAB KELUAR MASJID

1.       Baca doa
إذا دخل أحدكم المسجد، فليقل: اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وإذا خرج، فليقل: اللهم إني أسألك من فضلك
Maksudnya : Apabila salah seorang kamu masuk ke masjid maka katakanlah : Ya Allah, bukakanlah baguku pintu-pintu rahmatMu dan apabila ia keluar maka katakanlah : Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu kurniaanMu” 
2.       Memberikan salam orang yang masih berada di masjid 

3.       Mendahulukan kaki kiri ketika keluar dari masjid 

ADAB WANITA DI MASJID

1.       Tidak boleh berwangi-wangian ketika menuju ke masjid
عن زينب الثقفية أن النبي صلى الله عليه وسلم قال أيتكن خرجت إلى المسجد فلا تقربن طيبا
Maksudnya : dari Zainab  at Thaqfiyyah , sesungguhnya nabi saw bersabda :“ Mana-mana di kalangan kamu ( wanita ) yang keluar menuju ke masjid maka janganlah ia mendekati wangian ” – riwayat an Nasai’

2.       Wanita yang didatangi haid atau nifas tidak dibenarkan masuk ke masjid.






Monday 22 September 2014

HASAD DENGKI Harus selalu diawasi, Jangan dibiar HASAD DENGKI itu menguasai diri.

*****credit to 'Pengguna Muslim APMM'

"Janganlah kamu dengki mendengki. Jangan kamu putus memutus hubungan, janganlah kamu jauh menjauhi hati, janganlah kamu benci membenci; hendaklah kamu semua wahai hamba Allah hidup bersaudara dan haram bagi seorang Muslim itu menjadi saudaranya tidak bercakap selama tiga hari."
(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Muslim)


Secara tidak langsung perasaan ini muncul ke dalam diri disebabkan rasa cemburu atau tidak senang dengan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain berbanding diri sendiri. Perasaan hasad dengki sukar dihapuskan dalam jiwa kerana ia lahir di hati kecil tanpa pengetahuan orang lain. Ia bermula daripada perasan cemburu hingga merebak dan berkembang menjadi perasaan tidak tenang. Akibatnya, seseorang yang dihinggapi perasaan ini akan sedaya upaya memenuhi kehendak hati yang semakin menekan jiwa jika tidak mampu mengawalnya dengan baik.


Sesungguhnya masalah hasad dengki menjadi punca fitnah besar yang merosakkan perhubungan hidup bermasyarakat sejak manusia mula bertapak di bumi. Perasaan dengki bermula dari anak Nabi Adam, Habil dan Qabil, hasil hasutan iblis.


Perasaan hasad dengki yang wujud dalam kalangan umat manusia sekali gus secara tidak langsung membawa kepada gejala buruk yang akan menghancurkan perpaduan ummah yang telah sekian lama terbina. Oleh kerana itu, agama Islam amat membenci mereka yang mempunyai hasad dengki didalam jiwa-jiwa mereka.

Seharusnya kita mengetahui bahawa sesungguhnya setiap kelebihan atau keistimewaan yang diperoleh seseorang adalah semestinya hasil dari kurniaan Allah yang Maha Pemurah kepada mereka yang dikehendaki-Nya. Firman Allah yang bermaksud: 


"Apakah mereka mendendami manusia disebabkan suatu kelebihan yang Allah berikan kepada mereka?"
(Surah an-Nisa', ayat 54)

Setiap perkara bertujuan baik akan musnah dan hancur jika perasaan dengki ini muncul di dalam hati. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 


"Jauhkanlah diri kamu daripada dengki kerana dengki itu memakan segala amalan kebajikan sebagaimana api memakan kayu."
(Hadis riwayat Abu Daud)

Sesungguhnya dengki mendengki dan benci membenci sesama sendiri tidak sedikit pun memberi faedah atau keuntungan bahkan merugikan. Oleh itu, kita sebagai umat Islam seharusnya sekeras-kerasnya menolak perasaan ini agar tidak hadir dan terus membarah didalam hati kita. Harus diingat bahawa syaitan akan sentiasa ketawa gembira jika melihat umat Islam hidup didalam perpecahan.

Satu cara yang boleh dikongsikan untuk mengelakkan perasaan ini dari membarah dan memakan diri kita ialah dengan kita hendaklah sentiasa BERSYUKUR dengan segala kurniaan yang telah diberikan oleh ALLAH kepada kita.

Allah telah menciptakan ummat manusia dengan pelbagai kelebihan. Masing-masing punya kelebihan yang ada kalanya tidak dimiliki oleh sebahagian yang lain. Mengapa ini terjadi?? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjadikan manusia ini saling lengkap melengkapi. Kerana kita semuanya memerlukan antara satu sama lain.

Jika kawan kita pemarah, ada yang boleh sabarkannnya, jika kita pemboros, ada yang boleh mengawalnya, jika kita pemalas, ada yang akan menegur supaya jadi rajin. Jika kita tidak tahu, ada yang akan beritahu. Jika kita tahu, kitalah yang kena beritahu yang tak tahu.

Maka kita semua hendaklah saling menghormati kerana tidak seorang pun di kalangan kita boleh hidup sendiri. Kita saling memerlukan. Aku memerlukan kamu, dan kamu memerlukan aku.
 

Friday 22 August 2014

M.A.S.A



credit*****Dari Pusat Sumber Ibu Pejabat APMM – Bil. 1
MASA

Al Quran dan sunnah Rasul memberikan perhatian yang sangat penting tentang masa. Masa merupakan nikmat Allah yang sangat besar  kepada manusia.
Firman Allah: “Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan dan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.”
“Dan Ia telah  memberi  kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apajua yang kamu hajat kepadanya. Dan juga kamu menghitung nikmat Allah , nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.”
Maksud firman Allah: Surah Ibrahim ayat 33-34

 “Demi masa!, “Sesungguhnya manusia dalam kerugian.”
Maksud firman Allah: Surah al  ‘Asr ayat 1-2
Kalangan ahli – ahli tafsir dan mereka yang memahami uslub al Quran menyatakan: Sekiranya ayat al quran dimulai dengan sumpah , memberi peringatan bahawa perkara itu sangat penting. Semuanya supaya manusia faham bahawa itu merupakan nikmat Allah yang sangat besar, dan manusia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menguruskan masa dengan betul. Semua tanggungjawab itu akan ditanyai pada hari kiamat.

Sabda nabi, bermaksud: “ Dua kaki hamba tetap (tidak akan bergerak) di  mahsyar, sehingga ditanya  tentang 4 perkara: Usianya yang dihabiskan, usia mudanya yang digunakan, hartanya: dari mana dan kemana dibelanjakan, dan ilmunya dengan apa dilakukannya”
(HR.al Bazar, Thabarani)

Begitulah soal siasat yang akan dilakukan ke atas setiap individu pada hari kiamat. Umur muda ditanya kerana zaman muda merupakan zaman yang sangat penting kerana ketika muda seseorang itu mampu melaksanakan sesuatu dengan mudah berbanding zaman kanak-kanak dan zaman tua.


Seksyen Pembangunan Insan P&K
Sumber: Pengurusan masa menurut Islam oleh Dr. Yusuf al Qardhawi

Friday 11 July 2014

HIMPUNAN HADIS RASULLULLAH SAW (RAMADHAN)

**credit
http://hadisrasullulah.blogspot.com


Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa
Hadith :
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
 
(At-Tirmidzi)

Puasa Sunat, Sembahyang Sunat, Dibulan Yang Dimuliakan
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan)
 
(Muslim)

Puasa lidah
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”
 
(al-Bukhari dan Muslim)

Orang-orang Yang Berhak Menerima Zakat
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.( orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat)”
 
(Imam Ahmad)

Puasa Yang Berkat
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” 

 
Riwayat Ibnu Majah

Bersifat Pemurah Dibulan Ramadhan
Hadith :
“Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.”
 
(al-Bukhari dan Muslim)

Hidupkan Malam Ramadhan Dengan Qiamullail
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Puasa Penyelamat Dari Api Neraka
Hadith :
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.”
 
(al-Bukhari dan muslim)

Sunat Berbuka Dengan Kurma
Hadith :
Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”.
 
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)
 
 
Lailatul Qadar Turun Pada Malam Ganjil
Hadith :
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.”

(Muslim)


Banyakkan Amalam Dihari Yang Kesepuluh Terakhir Ramadhan
Hadith :
Daripada Aisyah r.a. katanya: “Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.”

(al-Bukhari dan Muslim)


Disunatkan Berbuka Sebelum Mengerjakan Solat Maghrib
Hadith :
Dari Anas r.a ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila makan malam (berbuka) telah disediakan, maka mulailah makan sebelum solat maghrib, janganlah mendahului solat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang).


Puasa Orang Yang Musafir
Hadith :
Dari Hamzah bin Umar al-Islami, r.a. bahawa ia pernah bertanya Rasulullah, katanya: “Ya Rasulullah, rasanya saya tahan berpuasa dalam masa musafir, oleh itu adakah saya bersalah (kalau saya berpuasa)?”. Rasulullah SAW menjawab: “Itu adalah satu rukhsah kemudahan) dari Allah Ta’ala, sesiapa yang menggunakan kemudahan itu (ia tidak berpuasa dalam masa musafir), maka itu adalah baik, dan sesiapa yang memilih untuk berpuasa maka orang itu tidak dikira bersalah.”

(Muslim)


Tidak Mendapat Pahala Puasa Selain Dari Lapar Dan Dahaga
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”

(al-Bukhari)


Bezakan Puasa Dengan Orang yahudi Dan Nasrani
Hadith :
Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”

(Muslim)


Hutang Puasa Orang Yang Meninggal Dunia
Hadith :
Dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah saw. bersabda:”Sesiapa yang meninggal dunia dan ia mempunyai tanggungan puasa, maka walinya harus berpuasa untuk membayar tanggungannya.

(Muslim)