Friday 22 August 2014

M.A.S.A



credit*****Dari Pusat Sumber Ibu Pejabat APMM – Bil. 1
MASA

Al Quran dan sunnah Rasul memberikan perhatian yang sangat penting tentang masa. Masa merupakan nikmat Allah yang sangat besar  kepada manusia.
Firman Allah: “Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan dan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.”
“Dan Ia telah  memberi  kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apajua yang kamu hajat kepadanya. Dan juga kamu menghitung nikmat Allah , nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.”
Maksud firman Allah: Surah Ibrahim ayat 33-34

 “Demi masa!, “Sesungguhnya manusia dalam kerugian.”
Maksud firman Allah: Surah al  ‘Asr ayat 1-2
Kalangan ahli – ahli tafsir dan mereka yang memahami uslub al Quran menyatakan: Sekiranya ayat al quran dimulai dengan sumpah , memberi peringatan bahawa perkara itu sangat penting. Semuanya supaya manusia faham bahawa itu merupakan nikmat Allah yang sangat besar, dan manusia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menguruskan masa dengan betul. Semua tanggungjawab itu akan ditanyai pada hari kiamat.

Sabda nabi, bermaksud: “ Dua kaki hamba tetap (tidak akan bergerak) di  mahsyar, sehingga ditanya  tentang 4 perkara: Usianya yang dihabiskan, usia mudanya yang digunakan, hartanya: dari mana dan kemana dibelanjakan, dan ilmunya dengan apa dilakukannya”
(HR.al Bazar, Thabarani)

Begitulah soal siasat yang akan dilakukan ke atas setiap individu pada hari kiamat. Umur muda ditanya kerana zaman muda merupakan zaman yang sangat penting kerana ketika muda seseorang itu mampu melaksanakan sesuatu dengan mudah berbanding zaman kanak-kanak dan zaman tua.


Seksyen Pembangunan Insan P&K
Sumber: Pengurusan masa menurut Islam oleh Dr. Yusuf al Qardhawi