Wednesday 25 February 2015

labah2 dan semut

SARANG/RUMAH LABAH-LABAH ADALAH RAPUH

Al-Qur’an menjelaskan dalam Surah Al-‘Ankabuut:

مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاء كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ
يَعْلَمُونَ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ لَوْ كَانُوا

Perumpamaan (bagi) orang-orang yang
mengambil/menjadikan selain dari Allah (sebagai) penolong
mereka, umpama labah-labah yang membuat rumah/sarang
(sebagai tempat berlindung) dan sesungguhnya rumah yang
paling lemah di antara rumah-rumah lainnya (adalah)
rumah/sarang labah-labah jika mereka mengetahui. (Al-
‘Aankabuut : 41 )

Disamping menerangkan mengenai keadaan fizikal sarang labahlabah
yang rapuh, halus dan lemah, Al-Qur’an juga menekankan
kerapuhan perhubungan dalam rumah/sarang labah-labah tersebut,
di mana labah-labah betina pada kebanyakan masanya akan
membunuh pasangannya, iaitu labah-labah jantan.

CARA HIDUP DAN KOMUNIKASI SEMUT-SEMUT

Cuba perhatikan ayat Al-Qur’an yang berikut:

حَتَّى إِذَا أَتَوْا عَلَى .وَالطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ وَحُشِرَ لِسُلَيْمَانَ جُنُودُهُ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ
وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ
وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Dan dikumpulkan kepada Sulaiman para tenteranya dari jin dan
manusia dan burung-burung maka mereka dibahagibahagikan/
dibariskan dengan tertib. Sehingga ketika mereka
sampai atas/di lembah semut, berkata seekor semut “wahai
semut-semut masuklah kalian ke tempat tinggal/sarang-sarang
kalian agar tidak dipijak (oleh) Sulaiman dan bala tenteranya”,
sedangkan mereka tidak merasakan/menyedari(nya). (An-Naml
: 17-18 )

Pada masa yang lalu mungkin ada orang yang akan
mempersendakan Al-Qur’an, mengganggapnya sebuah buku cerita
dongeng di mana semut-semut bercakap di antara satu sama lain
dan berkomunikasi mesej-mesej yang canggih. Pada masakini
penyelidekan menunjukan kepada kita beberapa fakta mengenai
cara hidup semut-semut, yang mana tidak diketahui manusia di
masa yang lalu. Penyelidekan menunjukkan binatang atau serangga
yang paling hampir menyerupai cara hidup manusia adalah semutsemut.
Ini boleh dilihat dari penemuan-penemuan berikut
mengenai semut-semut:
(a) Semut-semut mengebumikan semut yang mati sepertimana
manusia melakukannya.
(b) Mereka mempunyai sistem pembahagian tenagakerja yang
canggih, di mana mereka mempunyai pengurus, penyelia, formen,
pekerja dan lain-lain.
(c) Sekali sekala mereka bertemu sesama mereka untuk ‘berbual’.
(d) Mereka mempunyai kaedah komunikasi antara mereka yang
agak maju.
(e) Mereka kerap mengadakan pasar-pasar di mana mereka
bertukar barangan.
(f) Mereka menyimpan bijirin untuk tempoh yang panjang di musim
sejuk; dan jika bijirin mula bertunas, mereka memotong akarnya
seolah-olah mereka mengetahui jika dibiarkan tumbuh ia akan
rosak. Jika bijirin yang disimpan ini basah akibat hujan, mereka akan
mengangkutnya keluar ke cahaya matahari untuk dikeringkan.
Setelah kering mereka membawanya kembali ke dalam se olah-olah
mereka mengetahui bahawa kelembapan akan mengakibat
pertumbuhan sistem akar dan seterusnya kerosakan bijirin.

**credit to Pengguna Muslim APMM

No comments:

Post a Comment