Monday 7 April 2014

Boleh cuba dan PRAKTIS ...usaha tangga kejayaan..insya/Allah..





Oleh Ustaz Dr Mohd Shafie Mohd Amin di Masjid As-Sobirin





~Teknik berkesan hafal Al-Quran~

TEKNIK 1: Ikhlas kerana Allah

Tanamkan dalam diri nak hafal ikhlas kerana Allah,dengan quran boleh dekatkan diri dengan Allah,quran boleh bg syafaat di akhirat dan banyak lagi fadilat2,yang penting ikhlas kerana ALLAH."

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

TEKNIK 2: Paksa diri doa paling mustajab

Bila dah niat,cara mustajab kena paksa.bagaimana caranya rujuk TEKNIK 3

TEKNIK 3: Hafal 1 Hari 1 Ayat

Hafal 1HARI = 1AYAT & baca 200KALI, 30HARI = 30AYAT anda dapat HAFAL, peruntukkan masa 10 minit sehari untuk hafal 1AYAT,seeloknya hafal lepas subuh sebab otak fresh lg dan mulakan hari anda dengan quran,dalam masa 1 hari tu anda dapat baca 1AYAT sebanyak 200KALI,satu ayat hafal tak kan tak boleh ingat,hafal lagu hindustan..boleh??, sambil bawa moto,baring,duduk saja,masa terluang boleh hafal satu ayat. Busy sgt ke nak hafal sehari satu ayat tak sempat,
Cuba bayangkan 3 tahun hafal 1 hari 1 ayat berapa surah anda dah boleh hafal??

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

TEKNIK 4: Dengar mp3 surah yang telah dihafal

dengar surah yang anda hafal dekat mp3 dari sheikh2 yang famous spt sheikh Saad al-Ghamdi,Sa`ud ash-Shuraym,Maher al-Muaiqly,sudais,Mishari Rashid al-`Afasy dan sheikh lain yang anda minat.sambil wat keja anda boleh pasang mp3 surah yang dihafal,bila selalu dengar lama2 boleh ingat sambil perbetul bacaan dan tajwid




TEKNIK 5: Hafal Juzuk/surah yang mudah sebagai permulaan

Boleh hafal dari juzuk 28,29 dan 30 sebab surahnya pendek.tak kan anda terus nak hafal surah Al-baqarah yang ada 286 ayat.tapi terpulang la kepada anda nak hafal surah apa yang anda rasa nak hafal.surah yang ke 58(al-Mujadilah),59(al-Hashr),60(al-Mumtahanah) pendek tapi ayatnya panjang2 so anda perlu sabar sikit nak hafal,dengar mp3 nak taw kat mana tempat perlu behenti kalau ayat panjang.

JUZUK-28
58 al-Mujadilah(22 ayat)
59 al-Hashr(24 ayat)
60 al-Mumtahanah(13 ayat)
61 as-Saff as-saff(14 ayat)
62 al-Jumu`ah(11 ayat)
63 al-Munafiqun(11 ayat)
64 at-Taghabun
65 at-Talaq,
66 at-Tahrim

JUZUK-29
67 al-Mulk al-mulk(30 ayat)
68 al-Qalam
69 al-Haqqah
70 al-Ma`arij
71 Nuh
72 al-Jinn al-jinn
73 al-Muzammil
74 al-Mudathir
75 al-Qiyamah
76 ad-Dahr ad-dahr
77 al-Mursalat

JUZUK-30
78 an-Naba'
79 an-Nazi`at
80 `Abasa `abasa
81 at-Takwir
82 al-Infitar al-infiTaar
83 at-Tatfif at-taTfeef
84 al-Inshiqaq
85 al-Buruj al-burooj
86 at-Tariq aT-Taariq
87 al-A`la al-A`laa
88 al-Ghashiya
89 al-Fajr al-fajr
90 al-Balad al-balad
91 ash-Shams
92 al-Layl al-lail
93 ad-Duha
94 al-Inshirah
95 at-Tin aT-Teen
96 al-`Alaq al-`alaq
97 al-qadr al-qadr
98 al-Bayyinah
99 al-Zilzal al-Zilzaal
100 al-`Adiyat
101 al-Qari`ah
102 at-Takathur
103 al-`Asr al-`asr
104 al-Humazah
105 al-Fil al-feel
106 al-Quraysh
107 al-Ma`un
108 al-Kauthar
109 al-Kafirun
110 an-Nasr an-naSr
111 al-Lahab
112 al-Ikhlas
113 al-Falaq al-falaq
114 an-Nas an-naas

TEKNIK 6: Minta orang dengar dan semak hafalan anda

minta ibu,ayah,kawan atau sapa2 untuk dengar hafalan anda

TEKNIK 7: Belajar Tajwid

jumpa ustaz/ustazah untuk belajar ilmu tajwid dan ikutti kelas tajwid di masjid/surau/mana2..

TEKNIK 8: Guna satu jenis mushaf sahaja

Hafal guna satu jenis musyhaf sahaja contoh nya kalu guna mushaf-rasm-uthmani,supaya anda dapat taw kedudukan tempat behenti kat mana dan susunan setiap baris ayat quran.

No comments:

Post a Comment