AGIHAN PUSAKA :
Cara Mengira Agihan Pusaka Dengan Faraid
Kali
ni ADD bawakan satu senario sebuah keluarga yang dikira ‘standard’ di mana
dalam sebuah keluarga diketuai oleh si suami, seorang Isteri dan lima orang
anak yang terdiri daripada 2 kelaki dan tiga perempuan dan juga seorang ibu
dan bapa si suami.
Telah ditakdirkan si suami tadi telahpun
meninggal dunia dan insan-insan di atas merupakan ahli waris si mati
Dengan mengandaikan bahawa urusan seperti kos
pengurusan jenazah, hutang piutang, harta sepencarian dan wasiat si mati telah
diselesaikan terdapat lebihan harta berjumlah RM3 juta untuk diagihkan kepada
ahli waris mengikut kaedah faraid.
Setelah merujuk kepada surah an-nisa ayat 11,
maka kadar pembahagian harta pusaka bagi waris-waris si mati mengikut faraid
adalah seperti berikut:-
1. Bahagian si ayah adalah sebanyak 1/6
2. Bahagian si ibu adalah sebanyak 1/6
3. Bahagian si isteri adalah sebanayk 1/8
4. Anak-anak mendapat lebihan daripada baki harta di mana anak lelaki akan menerima 2 bahagian dan anak perempuan akan menerima satu bahagian.
2. Bahagian si ibu adalah sebanyak 1/6
3. Bahagian si isteri adalah sebanayk 1/8
4. Anak-anak mendapat lebihan daripada baki harta di mana anak lelaki akan menerima 2 bahagian dan anak perempuan akan menerima satu bahagian.
Oleh itu setiap seorang ahli waris akan menerima
bahagian masing-masing dengan jumlah yang berbeza mengikut kadar yang telah
ditetapkan seperti di atas. Dan jumlah bahagian masing-masing adalah seperti
berikut:-
1. Si ayah mewarisi sebanyak RM500,000
2. Si ibu mewarisi sebanyak RM500,000
3. Si isteri mewarisi sebanyak RM375,000
4. Anak lelaki mewarisi sebanyak RM464,285 setiap seorang
5. Anak perempuan mewarisi sebanyak RM232,146 setiap seorang
2. Si ibu mewarisi sebanyak RM500,000
3. Si isteri mewarisi sebanyak RM375,000
4. Anak lelaki mewarisi sebanyak RM464,285 setiap seorang
5. Anak perempuan mewarisi sebanyak RM232,146 setiap seorang
Itulah jumlah nilai yang diterima oleh waris si
mati berdasarkan agihan secara faraid.
Bagaimana ADD mendapatkan nilaian bahagian ahli waris
ni?
Jom ADD tunjukan cara pengiraannya.
KAEDAH 1 : Tentukan dahulu nilai yang
diterima oleh Ayah, Ibu dan Isteri si mati.
Untuk menentukan nilai yang akan diterima oleh
ketiga-tiga ahli waris ni maka kita akan gunakan kaedah pecahan.
Kita dah tahu bahawa bahagian Ayah dan Ibu si
mati adalah 1/6 dan bahagian bagi isteri si mati adalah 1/8.
Untuk mengetahui berapakah keseluruhan bahagian
yang ada, maka kita mesti cari pembawah yang sama bagi pecahan di atas
Maka
Menerusi kaedah di atas kita dah tahu bahawa
keseluruhan bahagian harta peninggalan si mati adalah 24 bahagian. 4 bahagian
masing-masing adalah untuk ayah dan ibu manakala si isteri mendapat 3 bahagian.
Maka
Jadi sekarang kita dah tahu berapa nilai bagi
setiap bahagian. Merujuk kepada bahagian si ayah dan si ibu masing-masing
mendapat 4 bahagian dengan nilai sebanyak RM500,000 (RM125,000 x 4) dan si
isteri akan mendapat 3 bahagian dengan nilai sebanyak RM375,000 (RM125,000 x 4)
Keseluruhan bahagian yang telah diagihkan adalah
sebanyak 11 bahagian (4 bahagian si ayah + 4 bahagian si ibu + 3 bahagian
si isteri) daripada 24 bahagian.
Maka terdapat lebihan sebanyak 13 bahagian
yang masih belum ditentukan hak kepada baki ahli waris iaitu anak-anak si mati
(2 lelaki dan 3 perempuan)
KAEDAH 2: Tentukan nilai yang diterima
oleh anak-anak
Seperti mana yang ADD dah bagitau awal-awal tadi
bahawa anak-anak si mati akan menerima lebihan harta setelah datuk, nenek dan
ibunya mendapat bahagian masing-masing.
Memandangkan si mati mempunyai 2 orang anak
lelaki maka pembahagian harta pusaka si mati akan terhenti setakat ini sahaja.
Jadi anak-anak lelaki si mati akan menerima dua
bahagian manakala anak-anak perempuan si mati akan menerima 1 bahagian.
Maka
Nilai bagi lebihan harta pusaka si mati yang
masih belum diagihkan adalah sebanyak RM1,625,000 (RM3,000,000 –
RM1,375,000).
Oleh itu, RM1,625,000 perlu dibahagi dengan 7
bahagian untuk mengetahui berapakah nilai bagi setiap bahagian. Maka ia
menjadikan setiap bahagian bernilai RM232,142.86.
Dengan ini kita ketahui bahawa :-
Anak lelaki akan mewarisi baki harta pusaka si
mati sebanyak RM464,285 (RM232,142 x 2 bahagian) setiap seorang dan
anak-anak perempuan si mati pula mewarisi RM232,142.86 tiap-tiap seorang.
Begitulah cara dan kaedah pengiraan faraid
dilakukan.
Namun perlu diingat, apa yang ADD kongsikan di sini hanyalah salah
satu keadaan sebuah keluarga yang biasa.
Bagi kes si mati yang tidak ada anak lelaki, atau
selain daripada situasi di atas maka kadar pembahagiannya berubah mengikut
kepada kadar yang dinyatakan dalam ayat 11 dan 12 dalam surah an-Nisaa’.
Satu perkara yang ADD nak tekankan disini
ialah faraid adalah pilihan terakhir dalam sistem agihan harta pusaka Islam
apabila pilihan pembahagian sebelumnya tidak mendapat persetujuan semua ahli
waris.
Dan apa yang PALING PENTING ialah pembahagian harta pusaka tidak akan
dapat dilaksanakan sekiranya tidak ada perlantikan pentadbir harta pusaka.
Pentadbir harta pusaka merupakan individu / organisasi penting yang akan menguruskan proses
pencairan segala aset si mati yang terbeku secara automatik sebaik
sahaja si mati meninggal dunia.
Tanpa pentadbir harta pusaka maka
tiadalah pengagihan harta pusaka dapat dibuat kepada waris. Perlantikan
pentadbir harta pusaka sewaktu kita masih hidup hanya boleh dilakukan dengan menulis wasiat.
Semoga perkongsian kali ini akan memberikan
pencerahan kepada anda tentang ilmu perancangan agihan harta pusaka Islam.