****credit to PIBG SKTBS
Sejak kebelakangan ini, banyak kes melibatkan pelajar seperti DADAH,
ZINA SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK,- VAPER DAN SHISHA STICK berleluasa dari
sekolah harian hingga sekolah yang berasrama, dari sekolah rendah hingga
sekolah menengah.
Kita telah digegarkan dengan kes pada
baru-baru ini murid tahun 5 bersalin anak tidak sama taraf seramai 2
orang. Itu yang kita ketahui tetapi yang lain? Juga ada kes pelajar
menengah bersalin di tandas dan di asrama. Itu kes yang dilaporkan yang
kita tahu tetapi yang tidak dilapor bagaimana?
Gara-gara
kecanggihan teknologi dan dasar keperluan, anak-anak kita diberi atau
mereka sendiri yang membeli telefon pintar dengan tujuan asalnya untuk
menghubungi keluarga jika ada keperluan tetapi telah disalah gunakan
secara berleluasa.
TAHUKAH ANDA IBU BAPA?
Kebanyakan kes rampasan
telefon pelajar di sekolah mendapati majortiti mereka memiliki bahan
lucah didalam telefon tersebut. Ada kes ibu bapa berang kepada pihak
sekolah atau pengurusan asrama apabila anak mereka tidak dibenarkan
membawa telefon tetapi kemudian ibu bapa tersebut menyesal apabila anak
mereka ditangkap berzina di bangunan tandas sekolah.
Hasil siasatan
mendapati telefon digunakan untuk berhubung bagi mendapat "green light"
untuk melakukan zina tersebut. Lebih parah lagi apabila rampasan telefon
anak mereka dan dilihat sendiri oleh ibu bapa pelajar tersebut terdapat
kandungan lucah yang mana gambar bogel anak mereka di utus kepada
pasangan kekasihnya melalui whatsap.
Juga ada kes pelajar asrama
yang menipu ibu bapa kononnya apabila musim balik kampung pergi rumah
rakan kelas tetapi pergi tidur bersama kekasih di hotel atau rumah sewa
kekasih mereka. Kepercayaan yang membuta tuli oleh ibu bapa terhadap
alasan atau cerita rekaan anak mereka telah membawa padah kerana ada kes
rentetan dari itu anak mereka menjadi mangsa rogol atau mengandung anak
luar nikah.
ANAK KITA MAKIN PARAH
Dadah kini mudah
diperolehi dan didapati. Pengalaman saya masa mengajar di sekolah dahulu
pernah menangkap pelajar menjual "pil" kepada rakan kelasnya. Ada juga
aduan bapa mengadu anak nya tidak mahu ke asrama atau ke sekolah kerana
liciknya rakan sebaya mereka menghisap dadah atau menjual dadah sehingga
guru disiplin tak mampu untuk mencari atau menangkap salah laku mereka.
Kini ada kes popular yang menular di sebahagian zon dengan air ketum.
Pelajar menjadi ketagih meminum air ketum untuk berkhayal. Dan amat
menyedihkan golongan dewasa ada yang tahu kegiatan pelajar tersebut
tetapi tidak memainkan peranan mereka untuk mencegah atau menasihati
mereka.
Tidak hairan mengapa anak melayu kita ramai di instituai pemulihan dadah berbanding di institusi pengajian tinggi.
ANAK KITA MAKIN SAKIT
Masalah rokok kini kurang popular tetapi kini yang kian popular adalah
electronic smoke yang ada pelbagai jenis dipasaran. Tidak terhad dengan
pelajar lelaki sahaja bahkan juga pelajar perempuan juga dengan tanpa
rasa malu menghisap dan menghembus sambil berselfie serta dimuat turun
pula dalam laman sosial.
ANAK KITA TENAT, PARAH DAN SEMAKIN SAKIT....
Saya menyeru semua ibu bapa untuk memainkan peranan utama dalam
membimbing dan mendidik anak mereka terutama dalam akhlak dan sahsiah.
Pendidikan awal adalah dari rumah dan meskipun sudah kita hantar anak
kita ke sekolah atau asrama jangan kita merasakan amanah kita itu telah
diambil alih oleh guru.
Sekolah atau asrama bukan tempat
pemulihan yang mana kita ibu bapa tak mampu nak menangani lalu
menempatkan anak kita yang bermasalah kepada guru untuk diprogram jadi
insan.
Guru di bawah mereka terdapat beratus dan beribu murid untuk
dijaga tambahan pula pelbagai tugas lain perlu dilaksana maka bukan
mudah nak menumpukan perhatian khusus untuk anak kita sahaja.
Jangan jadikan alasan kerana kesibukan kerja kita untuk mengabaikan
tanggungjawap memantau, membimbing dan mendidik anak kita. Itu adalah
suatu alasan yang sangat tidak bertanggungjawap sebagai ibu bapa
terhadap anak kita dan guru kepada anak kita.
Maka saya mencadangkan beberapa perkara kepada ibu bapa supaya tanggungjawap kemenjadian insan d
an kebaikan akhlak anak kita dapat dilaksana.
1. Didik anak kita bermula dari awal dan dari rumah tentang agama dan
tuntutannya. Lebih baik yang mengajar adalah bapa yang selaku ketua
keluarga
2. Menjalinkan hubungan baik dengan pihak sekolah
khususnya guru yang mengajar anak kita. Lebih baik lagi kita ada no
telefon mereka untuk kita bertanya berkembangan anak kita.
3.
Jangan hanya hadir kesekolah semata-mata untuk ambil duit bantuan
persekolahan sahaja dan kemudian terus hilang dan mesyuarat pibg pun
tidak hadir serta tidak ambil peduli. Rajinkan diri sebulan sekali
ziarah ke sekolah berjumpa dengan guru untuk mengetahui perkembangan
anak kita dan berbincang dengan guru apa peranan lain yang boleh kita
sebagai ibu bapa boleh lakukan untuk memperkembangkan potensi anak kita.
4. Jadikan anak-anak orang lain seperti anak kita. Peribahasa jangan
menjaga tepi kain orang lain adalah tidak releven sekarang. Kita kena
ambil peduli untuk menegur anak-anak yang lain dan memaklumkan kepada
ibu bapa mereka supaya tindakan awal dapat dilakukan jika anak mereka
melakukan salah laku. Juga kita juga jangan cepat melenting jika anak
kita sendiri yang ditegur. Nasihat saya, jangan membela anak kita
membuta tuli, anak kita ada masa mereka sememangnya pelakon terhebat....
depan kita ada sesetengahnya baik sangat dan pijak semut pun tak mati
tetapi belakang kita tanduk naik buat jahat hantu pun kalah.
5.
Buat siasatan secara rahsia tentang pegerakan dan aktiviti anak anda.
Jangan terus percaya dengan mereka tetapi adakala kita kena pergi lihat
sendiri secara rahsia untuk mensahihkan pergerakan atau aktiviti ya g
dimaklum oleh anak kita.
6. Berikan sumbangan berupa kemahiran
kepada pihak sekolah dengan menawarkan diri untuk terlibat dengan
program atau aktiviti sekolah. Biasanya pihak sekolah sangat menghargai
apabila adanya penglibatan ibu bapa.
7. Hadkan pemberian yang
berbentuk mewah kepada anak kita seperti telefon pintar canggih. Kalau
memang perlu untuk berhubung memadai dengan telefon seperti 3310 nokia.
Tidak dinafikan komunikasi amat penting tetapi kita sebagai ibu bapa
kena lihat pada semua sudut agar potensi masalah dapat dikurangkan
ketahap sifar atau minimum. Kalau anak duduk di asrama minta bantuan
warden untuk menjaga telefon tersebut dan membenarkan had penggunaan
jika perlu sahaja.
JADILAH IBU BAPA YANG BERTANGGUJAWAP DAN
PERIHATIN TERHADAP ANAK KITA SENDIRI.
GURU BUKANLAH INDIVIDU UTAMA DALAM
KEMENJADIAN AKHLAK TETAPI KITALAH SEBAGAI IBU BAPA YANG PATUT MEMAINKAN
PERANAN UNTUK MEMBENTUK SAHSIAH ANAK KITA
Semoga kita ibu bapa
memperoleh kesedaran sebagai warga yang perihatin terhadap anak kita
sendiri. Jika kita melaksanakan peranan kita, insya Allah masalah sosial
dan salah laku lain pasti dapat kita kawal daripada menular.
Jadilah ibu bapa yang mampu memimpin anak-anak dan bukannya ibu bapa yang diperhambakan oleh anak-anak.
No comments:
Post a Comment